Saturday 20 August 2011

Program Khatam Al-Quran, Bacaan Tahlil dan Berbuka Puasa TASKI Meriah

Pada 20 Ogos 2011 jam 5.00 petang bertempat di Wisma Ar-Raudhah ABIM Segamat (WARAS), Kg Paya Pulai telah diadakan program Khatam Al-Quran, Bacaan Tahlil dan Berbuka Puasa Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM Segamat. Ia turut dihadiri oleh Yang Di Pertua (YDP) ABIM Segamat, Sdr Zaid serta pimpinan yang lain. Ia turut disertai oleh ibu-bapa serta masyarakat setempat. Semoga usaha ini mengukuhkan usaha membentuk budaya penghayatan Islami di kalangan kanak-kanak agar menjadi insan soleh di daerah ini.

No comments:

Post a Comment