Saturday 20 August 2011

Program Qiyamulail di Masjid India Muslim, Bandar Segamat Lancar

Pada awal pagi 21 Ogos 2011 jam 4.00 pagi ABIM Segamat dengan kerjasama WADAH Segamat telah mengadakan program qiyamulail di Masjid India Muslim, Bandar Segamat. Tujuan ia diadakan ialah untuk menghidupkan malam dengan beribadah bersempena dengan bulan ramadhan mubarak yang mulia ini. Antara aktiviti yang diadakan termasuk solat hajat, solat tahajjud, tadarus al-quran dan sebagainya. Ia turut disertai oleh ahli, pimpinan ABIM Segamat & Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) Segamat serta ahli kariah masjid. Semoga usaha ini dapat mengukuhkan proses penyucian jiwa agar menjadi insan kamil serta dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. 

No comments:

Post a Comment